Kandati pun hujungnya masih jauh
Untuk ke sana mesti dirempuh
Di tangan pula sediakanlah suluh
Dalam perjalanan mengelakkan jatuh
Ada kalanya laut menghadang
Pasti berikhtiar untuk menyeberang
Taufan, yu, jong dan karang
Di sana semuanya jadi penghalang
Niat di hati mestilah ikhlas
Bekal di pikul senjata digalas
Apa penghalang diserang balas
Berjuang bermatian 'kan semuanya tumpas
Keperluan perahu dan jua senjata
Di tangan suluh walaupun pelita
Berbekalkan ilmu memenuhi dada
Quran dan Hadis memandu bersama
Cukup sudah segala keperluan
Majulah ke depan dengan penuh keyakinan
Tuhan pula dilupa jangan
Syafaat Nabi juga diharapkan
Dalam berusaha bertemu kegagalan
Ada kalanya tertutup laluan
Itulah dia namanya cabaran
Besedialah bangun meneruskan haluan
Bila di sini nampaknya 'kan kalah
Jangan senang terus menyerah
Kelak dihadapan menerima padah
Padah ditolak musuh dicanggah
Sanggup bangun berjuang lagi
Sehingga cabaran tertolak ke tepi
Menurun mendaki meneruskannya mesti
Di hujung sana kejayaan dah menanti
Wahai anak-anak yang pergi ke sekolah
Di sana bertemu pelbagai masalah
Ada kalanya hati pun resah
Bersabar saja dan dekati Allah
Demikian anak yang muda remaja
Selagi ilmu tak memenuhi dada
Pungutlah lagi di mana aja
Biar dikata dah tua bangka
Ilmu berguna di timur di barat
Dengan ilmu ukuran darjat
Banyak ilmu tinggilah pangkat
Tanpa ilmu terjilat-jilat
Belajar itu tak ada sudahnya
Di kala kecil ibu yang mengasuhnya
Besar sedikit si sekolah tampatnya
Bila besar sendirilah mencarinya
Ini rang tua memberi pandangan
Dalam hidup meneruskan perjuangan
Kalau di sana tanpa bekalan
Mudahlah kalah dan akan diperhambakan
No comments:
Post a Comment