Thursday, December 10, 2009

Sebuah Nasihat

Kandati pun hujungnya masih jauh
Untuk ke sana mesti dirempuh
Di tangan pula sediakanlah suluh
Dalam perjalanan mengelakkan jatuh

Ada kalanya laut menghadang
Pasti berikhtiar untuk menyeberang
Taufan, yu, jong dan karang
Di sana semuanya jadi penghalang

Niat di hati mestilah ikhlas
Bekal di pikul senjata digalas
Apa penghalang diserang balas
Berjuang bermatian 'kan semuanya tumpas

Keperluan perahu dan jua senjata
Di tangan suluh walaupun pelita
Berbekalkan ilmu memenuhi dada
Quran dan Hadis memandu bersama

Cukup sudah segala keperluan
Majulah ke depan dengan penuh keyakinan
Tuhan pula dilupa jangan
Syafaat Nabi juga diharapkan

Dalam berusaha bertemu kegagalan
Ada kalanya tertutup laluan
Itulah dia namanya cabaran
Besedialah bangun meneruskan haluan

Bila di sini nampaknya 'kan kalah
Jangan senang terus menyerah
Kelak dihadapan menerima padah
Padah ditolak musuh dicanggah

Sanggup bangun berjuang lagi
Sehingga cabaran tertolak ke tepi
Menurun mendaki meneruskannya mesti
Di hujung sana kejayaan dah menanti

Wahai anak-anak yang pergi ke sekolah
Di sana bertemu pelbagai masalah
Ada kalanya hati pun resah
Bersabar saja dan dekati Allah

Demikian anak yang muda remaja
Selagi ilmu tak memenuhi dada
Pungutlah lagi di mana aja
Biar dikata dah tua bangka

Ilmu berguna di timur di barat
Dengan ilmu ukuran darjat
Banyak ilmu tinggilah pangkat
Tanpa ilmu terjilat-jilat

Belajar itu tak ada sudahnya
Di kala kecil ibu yang mengasuhnya
Besar sedikit si sekolah tampatnya
Bila besar sendirilah mencarinya

Ini rang tua memberi pandangan
Dalam hidup meneruskan perjuangan
Kalau di sana tanpa bekalan
Mudahlah kalah dan akan diperhambakan

Adam Dan Hawa Nenek Manusia

Dek hati dan otak berfungsi
Pendapat mausia berbelah-bagi
Adanya manusia dan mulanya terjadi
Sejak dulu dan berabad lagi

Antara berpendapat asalnya kera
Dah diselidik beberapa lama
Pada Islam, itu hanya sangka
Yang beriman, adalah Adam asalnya

Tuhan memerintahkan Malaikat menempanya
Dengan segenggam tanah dari dunia
Malaikat mengusahakannya dalam syurga
Hidupnya Adam setelah bernyawa

Kebebasan Adam tanpa batasnya
Di syurga penuh nikmat hidupnya
Berfirman Tuhan untuk mengajarnya
Dalam satu perhimpunan penguni syurga

Adam di sana diisytihar oleh Allah
Ke pada sekelian diberi perintah
Mengakui Adam sebagai khalifah
Kecuali Iblis yang lain menyembah

Iblis ingkar bersujud kat Adam
Dek jadinya dari api yang padam
Katanya adam lebih hina dari khadam
Dek jadinya dari tanah yang hitam

Tuhan murka kat iblis
Dilaknatnya tak habis habis
Iblis menyambutnya dengan bengis
Kan memperdaya manusia menjadi najis

Adam tak menyangka dirinya dikutuk
Di majlis Tuhan yang pertama dibentuk
Siang dan malam dukalara memeluk
Dua burung datang memujuk

Adam menyesali dirinya berseorangan
Teringin pula nak berdua-duaan
Tulang rusuk kirinya terus dicabutkan
Menjadikan Hawa moyang sekelian

Iblis bertambah lagi irihati
Oleh Adam sudah pun beristeri
Di sini perasaannya amatlah dengki
Berikhtiarlah ia untuk menginayai

Dalam pada itu Adam diamanahkan
Pokok Khaldi usah dipergunakan
Dan buahnya usah pula dimakan
Iblis di sini menambil kesempatan

Iblis menyelinap di pemikiran Adam
Ingatan Adam semuanya padam
Dendam Iblis mula menjunam
Lupa dan lalai mulalah mengancam

Tipu daya Iblis, Adam dan Hawa terpesona
Khaldi dianggapnya paling istimewa
Siti pula memakan buahnya
Allah bersegera menghantarnya ke dunia

http://store.apple.com/my?afid=p217|1315971411340409856&cid=AOS-Zanox-MY-AA0000087241

sejambak kata

64 tahun umurku sudah
Di anak kampung bersekolah rendah
Di Gunung Pasir desa bertuah
Dan belajar Jepun ketikanya memerintah

Tiga tahun di Singapura lamanya
Jepun kalah belajar ugama pula
Kemudian ke Kelantan Jamek Merbau namanya
Pengajaran Ugama di timba lima tahun di sana

Tegal semangat membakar dada
Politik tanahair berkehendakkan pemuda
Berjiwa radikal paling utama
Agar kemerdekaan segera terlaksana

Awal limapuluhan aku memasuki ???(politik?)
Menulis sajak, cerpen, rencana
Bekerja sendiri, memborong, membina
Untuk rumah kampung tugas istimewa

31/12/1958 memasuki rancangan
125 kelamin membuat perpindahan
Tempatnya jauh terperusuk di perbatasan
Di pinggir Pahang dan Negeri Sembilan

SLB namanya amat istimewa
Hati ku lapang setiap masa
Bekerja, menulis tanpa galangannya
Baru sekarang menaipnya pula

Tuesday, December 8, 2009



widgeo.net


widgeo.net
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

HIKMAT 7 AYAT

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal dan mengamalkan tujuh kalimat , ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.

1- Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu
2- Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu
3- Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4- Mengucap Insya Allah jika merencanakan membuat sesuatu di hari esok
5- Mengucap La haula wala kuwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini
6- Mengucap inna lillahi wa inna ilahi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah
7- Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

Mudah-mudahan ingat dan amalkan. Walaupun sikit-sikit lama-kelamaan menjadi kebiasaan. Semoga menjadi amalan seharian.

We can do,..

billboard,backdrop,poster,bunting,banner,ade
jual component cth: x stand,roll up stand,t stand,broucher stnd.pop up
system..dsb mcm kad jmputan,broucher,silk screen,n poster.. (Harga berpatutan dan bleh dirunding) Register by Kementerian Kewangan Malaysia.